AKU GILA KERANA…. CINTA (KISAH BEREPISOD)

EPISOD 6

‘Ayuniiiii.. Cinta tu kalau dah berputik, jangan dipendam. Hati sendiri yang seksa nanti!’. ‘Habis, Yuni nak buat apa?’ Bingung Ayuni. Tangannya memetik punat radio di atas meja. Terdengar lagu BERTINGKEK-TINGKEK dimainkan radio Panas.FM. ‘Haaaa… akak ada satu buku. Mana tau boleh tolong Yuni.’ Jawab Alya sambil memecut ke tingkat ruang tamu untuk mengambil buku yang dimaksudkan di dalam begnya.

‘Haaa nah!’ Hulur Alya. ‘Apa ni? Komik Shin Chan?’ Ayuni separuh menjerit. ‘Eh, silap, bak sini balik.’ Sengih Alya sambil menggaru kepala. Senyum kambing terukir. ‘Haaa ni baru betul. 14 CARA MEMIKAT JEJAKA IDAMAN’ Ujar Alya sambil menyebut tajuk buku tersebut.

‘Yuni tak yakin sangat la ngan cara ni’. Ayuni melempar buku tersebut ke atas sofa. ‘Hish die ni. Cube lah dulu, ni ikhtiar tau! Mana tau dengan buku ni lah satu hari nanti akak boleh tengok Yuni ngan Ape name tu, haa Shawn tu naik pelamin!’ Pujuk Alya sambil terbongkok memungut kembali buku tadi. ‘ermm.. akak dah try ke?’ Soal Ayuni. ‘Akak dah dapaaaat~’ Perli Alya, dia menghulur kembali buku tadi kepada Ayuni.

‘Urm.. ‘.. Lama Ayuni termenung. ‘Okay, Yuni try.’ ‘Haaa! macam ni la ‘cousin’ akak!’. Riang wajah Alya. ‘Yuni buat betul-betul tau!, biar si Shawn tu datang melutut kat Yuni nak mintak jadi couple.’

‘Ish! takde la sampai macam tu~.. Akak niii’ Gedik Ayuni. ‘Tapi kalau macam tu best gak! Yeppi!!’ Jerit Ayuni sambil mereka berdua gelak sakan.

 

NANTIKAN EPISOD 7!

Aku Gila Kerana… Cinta (Kisah Berepisod)

Episod 4

“Adik! Adik!” Jerit Datin Lisa perlahan. Badan Ayuni digoncang-goncang. ” “Aloh anok mok jangey la wak lagu ni.. Luruh jantung mok ni Adik weii”

“Mok, orey nok tido tok amey.. Oloh” Rengek Ayuni. “Tido palo otok mu! 5 jey mok risau tau dok nengok Ayuni tok bangun2 dari pesey, Adik tok sihat ko? Mujo tok daroh banyok mano palo tu, bakpo hok boleh pesey ni!” Leter Datin Lisa. Ayuni cuba untuk mengangkat badannya duduk. Aduh! Ayuni menekap kepalanya, pening. “Bakpo pulok palo aku ni, nok mapuh doh ko aku eh?” Dia meraba ke tepi bantalnya. Sementara itu Datin Lisa sibuk menyuap ubat yang diberikan doktor Klinik Johan Asari malam tadi ke dalam mulut Ayuni, disambung dengan segelas air masak. “Takdok gapo mok, pening gitu2 jah” Jawab Ayuni malas. “Hurm macey macey” Kemudian dia bergerak keluar untuk menyediakan makan malam. “Adik rehat deh, ma nok gi wak makey”. Ayuni merenung telefon Samsung Galaxy S4 nya. Tidak lama selepas itu, dia separa menjerit. “Aaaah yeppi! Kak Alya nok mari kelate!” Sambil berlari ala-ala Usain Bolt dia mendapatkan mak nya.

“Ma! Kak Alya nok mari sini! Luso dio sapa!” Kata ayuni keterujaan. “Eh eh eh anok daro ni, ma suruh rehat key. Adik baru seda pesey wei jange hungga kuak sangat! Bising Datin Lisa “Ma! Kak Alya nok mari sini, luso!” Ayuni teruja “Jolo ko! Baguh la! Suruh dio mari duk ngey kito la” Jawab maknya sambil menghayun kapak memotong ekor lembu bagi dijadikan sup. Tang! Bunyi kapak kuat kedengaran. “Bereh mok, kekgi adik sms ke yo deh, bia kak Alya duk bilik kito lah”

“Bereh” Jawab Datin Lisa ringkas.

NANTIKAN EPISOD 5!

Aku Gila Kerana… Cinta (Kisah Berepisod)

Episod 3 

Namun tidak seperti kebanyakan pelajar perempuan lain, fizikal Ayuni tidak seberapa cantik untuk bersaing merebut Shawn. Malah, Ayuni selalu menjadi mangsa ‘perlekeh’ pelajar perempuan yang ‘DIVA’.

Ayuni bersandar pada dinding biliknya. Matanya nun 200 km menikmati pandangan ke luar jendela biliknya. Dia mengeluh. “Hurm.. Doh nok wak guano mugo muko aku memey lagu ni doh”. Dia pejam mata. Memikirkan yang dia selalu menjadi bahan perlekeh oleh ‘DIVA’ sekolahnya, dia naik angin! Air matanya mengalir deras. Dia mencampak reben ‘Minnie Mouse’ yang diikat di kepalanya ke dinding. “Baso tino iblih! Natey natey natey natey berok!” Dia berdiri, meracau! Ayuni terhuyung hayang, di hilang imbangan dan terhantuk kepalannya ke bucu meja belajarnya. -GELAP-

Dua minggu kemudian..

NANTIKAN EPISOD 4!

Aku Gila Kerana… Cinta (Kisah Berepisod)

EPISOD 2

“macam comel jer shin chan tu macam comel jer” Ayuni menekan butang SEND. Dan sementara menunggu Shawn membalas sms, dia teruskan usaha menyiapkan PBSnya yang kian pudar.

Tut tup! Sepantas kilat tangan Ayuni mencapai telefon bimbitnya. Dibuka INBOX dan membuka msssage yang dihantar Shawn. “Memang comel pun, macam saye la~”. “Koya jatey nih” Ayuni mencebik. Namun di sudut tersembunyi di hatinya, dia mengakui Shawn memang kacak. Kacak gila! 

Ceritanya bermula apabila Shawn berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai usahawan.

Sejak hari pertama dia menuntut ilmu di sekolah baru itu, lebih berpuluh-puluh pelajar wanita mengekori beliau. Ya! Shawn memang kacak. Dengan hanya senyuman beliau, mampu mencairkan hati semua pelajar perempuan di sekolah itu. Tidak terkecuali Ayuni. Dia sentiasa mencuri pandang ke arah Shawn pabila peluang terhidang. Hatinya telah dibuai cinta kepada Shawn!

NANTIKAN EPISOD KE 3!

Aku Gila Kerana…. Cinta (Kisah Berepisod)

Episod 1

Suara seseorang kedengaran seperti singa sedang mengaum apabila Ayuni menguap di dalam biliknya.

Pen di tangan dihempas ke atas meja, kaki disilang. “aduhh bosey weh maley niey.. Tok tubik butir habuk pun jawapey dari otok” Bebel Ayuni sendiri, di hadapannya tersedia 10 helai kertas soalan PBS untuk disiapkan. “Arghh natey KPM ni wat nyusoh ko aku jah”. 

Tit tit tit.

Ayuni mencapai telefon bimbitnya. Ditekan butang di papan kekunci. Tup! Terpampang gambar Shin Chan sedang menari sambil menunjukkan punggungnya. Gambar itu dihantar oleh Shawn, rakan sekolah Ayuni. Shawn adalah senior Ayuni, namun mereka sudah menjadi kawan agak lama. “Tak tidor lagi ke?~” Soal Shawn.

“Nakal wey la budok ni.. Aku piak key” Gutis hati Ayuni. 

NANTIKAN EPISOD 2

 

BERMINAT? Takpe, nantikan episod 2!

Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah,  juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

 

Gambar | Stadium Muhammad Ke V

Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan. Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan.

Ini merupakan pandangan bucu hadapan. Nama stadium insya Allah ialah Stadium Sultan Muhammad V, sempena Sultan kita yang tersayang. Allahuakbar! Gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Berani kah musuh bertandang ke Fortress The Red Warriors?

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.

Senarai 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia

Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata

Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian

Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa

Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut

Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari

Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam

Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara

Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri

Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu

Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

SHEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

Alhamdulillah, kehadiran syaikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Makki al-Banjari ke Kota Kinabalu buat kali ketiga kali ini mendapat sambutan yang baik daripada peminat pengajian Islam. Saya dapat maklum kehadiran para pencinta ilmu yang datang dari Kudat, Keningau, Ranau dan lain-lain apabila masing-masing mengetahui kehadiran beliau. Di sinilah kebiasaannya para ustaz yang pernah mengaji dengan beliau sama ada di Mesir atau di Semenanjung dan kini bertugas di Sabah akan bertemu dan berkumpul semula.

Saya sendiri tidak dapat mengejar keseluruhan program sejak subuh jumaat sehingga tengahari ahad dipelbagai lokasi khususnya di Masjid Negeri Sabah dan Masjid Bandaraya. Ada slot kuliah subuh, dhuha, petang dan maghrib yang lajak sedikit sehingga jam 8.30 malam. Ada juga slot khas di Wisma LHDN, Menara Petronas dan Surau Bandar Sierra.

Lazim bagi yang pernah menyertai dan mengikuti kuliah beliau mempunyai kenangan-kenangan tertentu. Entah saya layak atau tidak dimasukkan senarai anak murid beliau, atau kalau layak jadi yang entah ke berapa ribu atau puluh ribu pula kerana saya tidak betah bertahan sepanjang hari daripada subuh sehingga malam dalam kuliah-kuliah beliau. Tetapi sebahagian kitab yang sempat ditadah seperti Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah dan Syamail Muhammadiyyah saya ajarkan pula di beberapa masjid di Putatan dalam kuliah maghrib.

Rezeki saya apabila anak sulung kami, Nuha Wafiyyah yang dilahirkan di Mansoura Mesir pada 3 Ogos 2003, kebetulan Shaikh Nuruddin berada di Mesir. Tiga minggu selepas kelahiran Nuha, saya bersama isteri terus bermusafir ke Kaherah sejauh 100km, antara niatnya menemukan Nuha dengan Shaikh Nuruddin untuk diminta tahniqkan. Ia satu kenangan sangat manis kerana jujurnya sebelum itu saya baru mendengar namanya dari jauh saya.

Saya belum mengetahui ketika itu betapa syadidnya beliau dalam kuliah-kuliah khususnya dalam soal adab menuntut ilmu. Kesilapan-kesilapan yang beliau tegur kepada orang lain sebenarnya saya juga melakukannya sebelum itu tanpa mengetahui ia satu kesilapan atau kurang adab mujur saja saya ‘beruntung’ tidak pernah kena. Beliau menegur kalangan kami agar membawa buku secara beradab, bukan berlenggang seperti membawa plastik berisi ikan, tidak meletakkan buku sebaris dengan kaki dan lain-lain.

Dalam kuliah tidak boleh bermain-main dengan pen, bunyi telefon bimbit yang perlu dimatikan, atau asyik melihat-lihat jam di tangan, duduk menyandar, berlunjur kaki, bercerita sesama sendiri dan sebagainya. Ia adab belajar yang perlu dipraktikkan khususnya untuk mencari keberkatan ilmu. Di Kota Kinabalu tidak terkecuali, teguran-teguran beliau terhadap mereka yang tidak menjaga adab menuntut ilmu juga ada yang terkena.

Sama seperti dua kali kedatangannya dua kali pada 2005 dan 2006 (kalau tidak salah, saya dapat tahu juga kali ini beliau gembira dapat hadir ke Kota Kinabalu dan berharap dapat bertemu lagi setahun atau dua tahun akan datang ke sini untuk program selanjutnya. Beliau antaranya mencadangkan kami mengadakan program ‘Kota Kinabalu Bersolawat’ seperti program yang pernah dilakukan di tempat-tempat lain sebelum ini.

Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan, khususnya saat beliau menceritakan tentang kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz yang hebat itu. Kepada yang hadir terima kasih atas kesudian semua (saya dapat maklum kehadiran malam minggu di Masjid Negeri mencecah sekitar 600-700 orang), semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kerja-kerja memartabatkan Islam di tempat masing-masing.

Tiada tekanan di tempat lawan: Daudsu

PERTAHANAN Kelantan, Daudsu Jamaluddin mahu memastikan benteng The Red Warriors tidak bolos apabila berdepan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di Alor Setar, malam ini.

Pemain 29 tahun dari Kampung Air Puteh, Kota Bharu itu mengajak rakan sepasukan memastikan tiga mata dibawa pulang dari gelanggang lawan bagi mengukuhkan cengkaman selepas berkongsi tujuh mata dengan T-Team di puncak liga.

“Kami akui gawang Kelantan bolos dalam setiap perlawanan tetapi malam esok (malam ini), kami akan cuba menangkis serangan lawan dan mengelakkan daripada dibolosi, selain mahu menang di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Daudsu berkata, dia tidak menghadapi masalah beraksi di gelanggang lawan, malah menganggap situasi itu satu cabaran yang perlu ditempuhi.

“Kita sudah biasa beraksi di tempat lawan dan ia tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan kami lebih fokus.

“Yang penting, kami perlu melaksanakan arahan jurulatih (Steve Butler) dan saling bekerjasama untuk bertahan dan mencipta peluang mengasak kubu lawan,” katanya.