Sebaik-baik orang ialah…..

Dalam hadis rasulullah s.w.t bersabda:

“Orang-orangmu yang paling baik adalah orangmu yang paling baik kepada keluarganya” -Thabrani dari Abu Kabsyah

Jadi di sini saya ingin menyeru pembaca sekalian, berbuat baiklah kepada ahli keluarga kita, terutama sekali kepada IBUBAPA kita, tidak lupa juga kepada kakak atau abang kita, perlulah kita hormati mereka, kerana sifat MENGHORMATI itu adalah satu akhlak yang baik. Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.w.t dalam hadis:

“Sebaik-baik amalan yg baik adalah dengan BERAKHLAK baik”

“Orang-orangmu yang pilihan adalah yang paling baik akhlaknya”

Tidak lupa juga kepada adik adik kita, kita tidak boleh beranggapan jika mereka adalah adik, maka kita boleh menghambakan dia, kerana yang sepatutnya dia lebih di sayangi dan mendapat lebih tolak ansur daripada kita yg lebih tua, bak kata pepatah “Yang tua kita hormati, yang MUDA kita sayangi”..

Jadi itu sahajalah untuk kali ini.. harap pembaca dapat serba sedikit manfaat insyaallah… wassalamualaikum….

WAHH!!

what should i talk first??!! yg pertama sekali ana ucapkan salam kepada semua yg sudi membaca blog ini… ilham untuk membuka blog menggunakan WordPress.com ni adalah daripada Ustaz Akmal atau blog nya Abu Nuha Corner….. diucapkan terima kasih…. INSYAALAH ana akan berusaha ‘post’ kan apa jua perkara yg boleh ditatap pembaca sekalian…

CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA SELATAN

Diambil dari Abu Nuha Corner

ABU NUHA CORNER

Sumber : http://zainurrashid.com/

Salam Doktor ! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini ? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini. Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke…

View original post 1,088 more words

JADUAL KULIAH USTAZ HAJI MUCHLISH ALI KASIM

Diambil dari Abu Nuha Corner…

ABU NUHA CORNER

View original post

GELANDANGAN DI KOTA KINABALU

ABU NUHA CORNER

Jujurnya saya mendapat inspirasi daripada dua orang.

Pertamanya apabila saya membaca aktiviti dan projek bantal yang dianjurkan oleh selebriti dan blogger Mazidul Akmal Sidik melalui blog beliau. Saya mendapat maklum tidak kurang 100 orang gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Mazidul dan kawan-kawannya melancarkan projek bantal dan ramai pelayar blog beliau yang memberikan sumbangan.

Keduanya, saya pernah menonton seimbas lalu di tv satu program memberi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur oleh sekumpulan anak muda. Tidak pula saya ingat kumpulan berkenaan. Apabila al-Mursyid Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri ke Kota Kinabalu beberapa minggu lepas, beliau ada menceritakan aktiviti kumpulan ini. Mereka menyediakan makanan (kalau tidak salah sekali atau dua kali seminggu) di Masjid Jamek Kuala Lumpur, dengan syarat mereka menyertai solat berjamaah dan tazkirah yang diadakan.

Tengah malam tadi, saya lepak-lepak dengan dua sahabat, Cikgu Nik Suhaimi dan Wan Azhaniz di gerai-gerai Asia City. Sebenarnya saya sudah bercerita tentang hal…

View original post 575 more words

TETAMU KAABAH 15 MUHARRAM & CUCIAN DALAM KAABAH

ABU NUHA CORNER

Sumber : http://hajiarshad.blogspot.com/

tetamu menanti giliran

tetamu dah mula masuk ke dalam kaabah

dengan kawalan yang ketat

ketibaan gabenor mekah

penjaga pintu Kaabah

View original post

RASUL MULIA, UMAT MULIA, AKHLAK MULIA

ABU NUHA CORNER

Penulis : Ustaz Umar Mohammad Noor

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM20.00

Buku Rasul mulia, umat mulia, akhlak mulia ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini.

Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini.

View original post

FENOMENA USTAZ AZHAR IDRUS : JOM GI KULIAH

ABU NUHA CORNER

Arena Futsal, Kota Bharu Kelantan :

Manjoi Ipoh Perak :

Masjid Bandar Baru Bangi, Selangor :

Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru :

Masjid Negeri, Kuantan Pahang :

Masjid al-Falah USJ, Selangor :

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) :

Foto-foto disedut dari web dan facebook Ustaz Azhar Idrus, facebook peminat Ustaz Azhar dan sebagainya.

View original post

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can always preview any post or edit it before you share it to the world.